Tuesday 17 December 2013

Naik lagi.... Apa lagi yang tak naik....

Dari masa ke semasa harga barangan berlumba-lumba naik, tak ada yang tak naik. Aku peliklah apa peranan pihak berkuasa untuk membantu rakyat yang tidak mampu yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan!Aku sendiripun yang berpendapatan lebih RM 5 000.00 sebulanpun begitu terasa perit, bayar bil elektrik harga naik, beli roti gardenia harga naik, gula naik ditambah lagi membeli barang keperluan persekolahan anak-anak yang seramai 6 orang. Bila nak ditawar harga dekat tokey cina dia kata ini harga lama harga baru lagi melambung naik. Aduh .... perit...perit.

Agak-agaknya orang BN dapat diskaun kot! Sebab bila ditanya pada mereka, katanya biasa le...
Lagi satu aku duduk di luar lembah klang ni rasa lega sikit sebab tak dikenakan tol kecuali bila ada urusan nak ke sana. Aduh.... 

Friday 23 March 2012

KUASA BELI MENJADI SEMAKIN KECIL

Eh.... mahal nya barang dan perkhidmatan sekarang! 10 tahun dulu kalau ada RM50.00 banyak benda boleh beli, tapi kini RM 100.00 hanya dapat 2 atau 3 barang sahaja. Adakah kemajuan menuntut hilangnya kuasa beli rakyat yang daif seperti saya ini. Tapi kenapa negara-negara maju seperti UK, Australia dan Kanada rakyat boleh survive dan harmoni?

Adakah ini balasan kita yang mengaku Islam tapi tidak mengamal Islam? Allah turunkan bala dengan menguji umatnya dengan kesusahan mendapatkan barangan! Barang ada tetapi harga mahal, tak mampu untuk kita rakyat yang berpendapatan rendah membeli barang yang berkualilti.Ataupun cukuplah kita makan apa yang ada, barangan yang berkualiti rendah sahaja!
Meleleh le air liur melihat pembesar yang hidup dengan mewah, kita rakyat hidup dengan keperitan! Adil kah ini!


   




   

Friday 10 June 2011

Tunggu... apa akan terjadi di masa depan?

Sebagai pengguna kita rakyat Malaysia masih tertanya-tanya apa akan terjadi di bulan hadapan, adakah harga barangan dan perkhidmatan akan naik. Rata-rata orang ramai menjangkakan harga barangan dan perkhidmatan akan naik. Ini kerana apabila tarif elektrik naik, bil eletrik pengusaha pasti akan meningkat. Ini sudah pasti menambahkan kos kepada pengusaha, hendak tak hendak pengusaha pasti akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka. Siapa yang kena... rakyat Malaysia yang terkena. Betul le slogan kerajaan Malaysia rakyat didahulukan untuk dikenakan...

Kemungkinan besar ekoran daripada itu akan meningkatlah inflasi negara, kerana pendapatan boleh guna rakyat menjadi bertambah kecil. Kuasa beli rakyat akan menurun, justeru itu barangan yang dikeluarkan oleh pengusaha akan berlambak di pasaran. Kesan jangka panjang nanti ramailah pengusaha yang gulung tikar. Kalau betul ini terjadi nanti penggangguran pasti bertambah banyak.   

Tuesday 31 May 2011

Tarif Elektrik Naik Lagi, Sudahkah Kita Bersedia?

Betul ke kita pengguna marhaein tidak terlibat? Semasa aku belajar subjek Ekonomi di tingkatan 6 bab firma 30 tahun dulu, setiap firma ataupun pengusaha akan meminimakan kos untuk mendapatkan untung yang maksima. setiap kos yang ditanggung oleh firma akan dikenakan kepada pengguna. Tidakkah pengusaha gula, garam dan lain-lain keperluan harian tidak terkecuali daripada kena tarif? Entahlah.....